9.3.10

'Survival Camp' 2010 Kelas Treking Sek. 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog ini, sudah lama kita tidak bersua di talian ini. Begitulah manusia kekadang kita tidak berkesempatan atau kekadang kita ketandusan idea dan bahan daripada merapu lebih baik kita diam saja. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang telah saya lalui pada 26-28 Feb 2010 yang lalu. Pada tarikh tersebut telah diadakan 'Survival Camp' 2010 kelas Treking Seksyen 1, 2 dan 3 anjuran Jabatan Kokurikulum, Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan UTHM. Kem tersebut telah dijalankan bertempat di Pantai Pasir Lanun, Mersing selama 3 hari 2 malam. Kem ini berkonsepkan perkhemahan dimana semua peserta tinggal di dalam khemah dan dikehendaki memasak sendiri berbekakan bahan yang serderhana ini bagi menerapkan nilai berdikari dan cara hidup yang sihat. Kem ini dijalankan bagi mencapai objektif program tersebut.

Objektif Kem tersebut adalah :

  1. Melatih sikap kepimpinan dan keyakinan diri pelajar.
  2. Melatih ahli untuk mengaplikasikan beberapa elemen dalam Kemahiran Insaniah (soft skill) seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, etika dan moral profesional dan elemen kemahiran kepimpinan.
  3. Melahirkan pelajar yang cinta kepada flora dan fauna.
  4. Mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan semangat kerjasama diantara ahli.

Pelbagai aktivit telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan selari dengan kehendak Jabatan Kokurikulum UTHM iaitu yang dapat menguji mental dan fizikal para peserta, antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
  1. Ice Breaking
  2. Pembentukan Kumpulan
  3. Pengenalan perkhemahan
  4. Masak rimba
  5. Pratikal Survival
  6. Persembahan Kumpulan
  7. Muhasabah diri
  8. Survivor night
  9. Sesi bersama jurulatih
  10. Riadah

Aktiviti Pratikal Survival adalah salah satu aktiviti yang amat mencabar mental dan fizikal peserta kerana ia menguji daya tahan diri peserta secara keseluruhannya. Aktiviti ini telah memberi satu kesan yang amat mendalam dan memberi pengajaran dan ilmu yang berguna kepada semua peserta yang menghayati secara ikhlas sepanjang seharian di dalam aktiviti ini.

Keterangan ringkas aktiviti Partikal Survival adalah :
Seawal pagi para perserta telah berjalan menujuk ke dalam hutan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap peserta tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman kecuali ubat-ubatan yang penting sahaja. Para peserta hanya dibekalkan dengan parang atau pisau sahaja. Sewaktu di dalam hutan para peserta diberi tugasan bagi membina beberapa gajet yang penting iaitu :
  1. Tempat berteduh (Pondok sementara)
  2. Gejet tempat memasak
  3. Gejet tempat pinggan
  4. Gejet tempat duduk
  5. Gejet Meja
  6. Dan beberapa gejet lain.

Setelah tugasan selesai para peserta telah diberi tunjuk ajar oleh Jurulatih kita iaitu En. Ghani seorang bekas Komando (PASKAL) tentang beberapa kemahiran hidup di dalam hutan. Kemahiran yang telah diajar oleh beliau adalah seperti berikut :
  1. Kemahiran memasak di dalam hutan dengan menggunakan bahan-bahan hutan
  2. Kemahiran membina tempat berteduh menggunakan bahan-bahan hutan.
  3. Kemahiran menghidupkan api dengan menggunakan habuk kayu dan batu.
  4. Kemahiran teknologi menukar air laut yang masin menjadi air suling yang tawar.
  5. Kemahiran membuat perangkap untuk menangkap haiwan di dalam hutan.
  6. Dan lain-lain kemahiran yang bersesuaian dengan kehidupan di dalam hutan.


Selain dengan kemahiran tersebut aktiviti ini juga diselitkan dengan kerohanian apabila kita bersolat Zohor dan Asar di tepi pantai dengan mengambil wuduk hanya dengan menggunakan air laut secara tidak langsung bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih dan suci. Secara tidak langsung aktiviti ini akan dapat mendidik dan menerapkan nilai-nilai hidup sendiri atau bermasyarakat di dalam diri peserta untuk diterjemahkan di dalam kehidupan harian mereka seperti :
  1. Berkerjasama dan saling membantu.
  2. Berusaha sehingga berjaya.
  3. Bersabar menghadapi ujian.
  4. Ilmu kepimpinan
  5. Sedia menerima arahan
  6. Bertolenrasi
  7. Bijak membuat keputusan
  8. Berdedikasi
  9. Dan lain-lain lagi.

Aktiviti lain yang dapat memberi kesan adalah persembahan kumpulan yang bertemakan kehijauan dan hutan. Pelbagai gelajat dapat dilihat di dalam aktiviti ini walaupun hanya hiburan tetapi terselit pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang ada di dalamnya seperti :

  1. Kemahiran berkomunikasi berkesan
  2. Unsur pengajaran dan ilmu kepentingan hutan
  3. Kreatif dan inovatif
  4. Keyakinan diri
  5. Kemahiran pengucapan awam
  6. Dan lain-lain lagi

Pada tengah malamnya diadakan aktiviti yang tidak kurang hebatnya kerana ia mencabar mental dan keberanian sesorang, aktiviti yang dimaksudkan adalah aktiviti 'Survivor Night'. Dalam aktiviti ini para peserta dikehendaki menempuh dan merentasi hutan di dalam gelap tanpa sedikit cahaya pun dan hanya berpandukan tali yang dipasang sebagai tanda laluan. Aktiviti ini telah memberi banyak pengajaran dan tauladan serta mencabar perilaku diri sesorang seperti :
  1. Keberanian
  2. Kesabaran
  3. Ketahanan mental
  4. Ketahanan Kerohanian
  5. Kesyukuran
  6. Dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhan program ini telah mencapai matlamat yang diimpikan dan ia juga berjalan dengan selamat seperti dirancang. Ia juga telah memberi kesan yang mendalam kepada diri saya sendiri sebagai jurulatih betapa banyak yang perlu saya pelajari untuk memurnikan lagi program-program yang akan datang. Selain daripada itu saya juga terkesan di dalam diri ini betapa kerdilnya kita sabagai hambaNya di dunia yang sementara ini. Semoga apa yang kita alami ini akan menjadi pengajaran dan panduan di sepanjang kembara hidup kita di dunia ini yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

No comments:

Post a Comment