24.3.10

Cerita lagi ke?

Alamak! hari dah petang, tak sangka lak masa berlalu dengan cepat hari ni. Rasanya macam baru je kita bersama. Begitule perjalanan masa ni kita tidak mampu nak tahan atau tangguh walaupun kita cuba banyak kali namun masa tetap berlalu dan terus berlalu. Hari ini dah petang, selesai petang malam pulak menjelma dan apabila malam tiba sudah pasti esok akan tiba, sudah selesaikah tugasan hari ini? sudah mantapkah perjalanan kehidupan kita hari ini?.

Alah! esok masih ada kalau hari ini tak sempat, kita buatlah esok, kan boleh siapa kata tidak boleh?, ya! esok masih ada dan pasti akan ada tetapi kita terfikir tak? adakah hari esok itu akan menjanjikan bahawa kita akan ada?. Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kerana ketentuan bahawa kita mesti ada lagi pada esok hari tidak siapa boleh menentukan dengan tepat kecuali Allah.

Mmm? betul juga... tapi bagaimana kalau kita tak sempat juga nak buat hari ini? Kalau macam tu, kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikanya hari ini. Jika kita dah berusaha tetapi tidak mampu atau sempat juga, mm tak apa le memang Allah dah tentukan kita tidak dapat menyelesaikanya, kan kita mesti yakin dengan takdir Illahi. Apa yang penting kita ada niat dan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakanya. Kita tidak duduk diam sambil mengharapkan sesuatu perkara itu selesai dengan sendirinya. Bak kata pepatah "yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek", tetapi jika kita tidak berusaha untuk melayangkan yang pipih itu dan mengolekan yang bulat itu, adakah ia boleh bergerak dengan sendiri? kecuali dengan izin Allah itupun kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat pertolongan dariNya.

Bagaimana sekarang? jelas atau samar lagi? atau masih tidak memahami lagi? atau masih ada lagi persoalan atau masih terceramuk fikiranya? kalau begitu tanyalah hati dan diri sendiri. Semua jawapan dan kefahaman akan lahir dari diri sendiri bukan dari orang lain kerana yang mengawal diri kita adalah diri kita sendiri. Orang lain hanya dapat membantu dan menyokong keputusan tetap di tangan anda sendiri melalui keizinan yang maha Esa.


No comments:

Post a Comment