29.12.09

Konsep Kembara

Konsep Asas

Berkonsepkan Realiti Perjalanan Kehidupan

Konsep ini dikaitan dengan perjalanan kehidupan kita sebagai makhluk dan khalifah di dunia yang fana ini.

Unsur-unsur kenyataan di dalam kehidupan diselitkan secara simbolik mengikut situasi tertentu bertujuan mendidik dan mendedahkan peserta dengan kenyataan hidup seperti masalah sosial, tanggunjawab kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara.

Objektif Kembara

Melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal.

Mendidik peserta supaya berani menghadapi cabaran untuk mencapai kejayaan

Melahirkan insan yang menpunyai semangat kerjasama dan tolong-menolong.

Melatih peserta agar menjadi insan yang jujur, ikhlas dan bertanggunjawab.

Melatih peserta untuk menjadi seorang yang kreatif dan inovatif.

Melahirkan insan yang berpandangan jauh dan bijak menyelesaikan masalah.

Orang Kuat

Slot Kembara tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya tiada mereka ini yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama yang jitu agar slot ini akan mendatangkan kesan yang mendalam.

Kegigihan mereka ini telah menjadikan slot ini mancapai matlamat dan objektif yang disasarkan.

ORANG KUAT KEMBARA

PENGARAH PROGRAM


KEM KOMANDAN





















Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan beribu-ribu penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama serta dorongan dan sokongan yang diberikan bagi kelancaran perjalanan program kembara dari awal hingga ke akhir.

Semoga jasa semua yang terlibat diberkhti olehNya dan mendapat pulangan yang setimpal dengan pengorbanan yang telah dicurahkan secara ikhlas sekali lagi terima kasih dan teruskan perjuangan kerana perjuangan belum selesai....

Cuba-cuba la

Teknik Membaca Betul Semasa Belajar

Membaca, apakah yang dimaksudkan dengan membaca? Membaca merupakan satu proses memperolehi maklumat yang melibatkan panca indera seperti penglihatan dan sentuhan dan kemudian maklumat dibawa ke otak untuk diproses (memahami) dan disimpan.

Membaca adalah satu-satunya cara untuk mendapat pelbagai jenis informasi (ilmiah, hiburan dan sebagainya). Cuba fikirkan, bahawa di mana-mana atau pada bila masa saja kita akan membaca sama ada secara tidak langsung atau secara langsung.

Kepentingan membaca untuk memperolehi ilmu dinyatakan dalam surah al-Alaq yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w, yang menekannya bahawa tulis dan baca itu adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Ayat pertama surah ini bermaksud :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.”

Dengan membaca kita akan memperolehi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti tulisan dan gambarajah (termasuk graf, rajah berlabel, peta, jadual, carta, peta minda dan sebagainya).

Di sini penulis ingin menumpukan perhatian mengenai kaedah membaca dalam pembelajaran (diaplikasikan apabila pertama kali menelaah pelajaran tersebut dan matapelajaran yang mengandungi banyak fakta).

Setiap apa yang ingin kita lakukan kita perlu ada niat yang baik. Dengan ini kita membaca kerana kita ingin memperoleh ilmu dan memahami apa yang dibaca. (Sebagai seorang Islam kita perlu memulakan dengan doa atau dengan membaca “Bismillah”).

Pastikan anda dalam keadaan tenang dan lapangkan fikiran anda. Minda anda diibaratkan sebagai sebuah botol yang kosong bersedia dan menanti untuk dipenuhi dengan ilmu yang berguna.

Lihat sekali imbas. Perhatikan sebarang tajuk-tajuk besar dan kecil dalam pelajaran tersebut. Perhatikan kepada carta, graf, jadual, apparatus, soalan-soalan dan apa saja yang terkandung dalam pelajaran tersebut. Ini betujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai intipati pelajaran tersebut. Ada antara buku yang sudah mempunyai carta ringkas tersendiri yang mempunyai tajuk-tajuk yang ditekankan dalam sesuatu pelajaran.

Sekarang mulakan membaca secara komprehensif. Ingat ketika anda membaca anda perlu menitikberatkan 2 perkara iaitu:

“Baca (perhati) dan Berfikir (Faham)”

Baca setiap perenggan demi perenggan/sub-topik demi sub-topik. Pastikan anda menggaris/meng’hightlight’ kata-kata kunci bagi pelajaran tersebut.

Jangan meneruskan pembacaan ke perenggan atau sub-topik yang seterusnya sekiranya anda tidak betul-betul memahami atau mengingat sesuatu fakta. Perlahankan momentum bacaan anda di bahagian yang didapati sukar.

Anda boleh menguji sama ada anda faham/ingat dengan apa yang dibaca dengan menulis/melakar semula fakta-fakta, rajah-rajah,formula-formula yang penting ke dalam suatu kertas ‘conteng’* yang sentiasa berada di sisi anda. Lakukannya tanpa melihat atau merujuk.

Anda juga boleh melakukan gambaran semula apa yang dibaca oleh anda dengan membayangkan apa yang telah anda baca. Selepas itu cuba bercakap dengan kuat (sekadar dengar di telinga) apa yang telah anda baca dan tulis.

Peringkat akhir pembacaan anda seharusnya mampu untuk menceritakan semula apakah perkara-perkara / subtopik-subtopik yang penting dalam sesuatu pelajaran.

Sebagai contoh : Dalam mempelajari mengenai Enzim; subtopik-subtopiknya adalah

Apakah itu enzim?

Fungsi enzim?

Faktor-faktor yang mempengaruhi tindakan enzim?

Setelah selesai menelaah sesuatu mata pelajaran, sebagai seorang Islam kita baca Alhamdulillah.

Tip :

 Jangan mencampur adukkan maklumat dengan membaca pelbagai jenis maklumat dalam satu sela masa yang sama. Ini akan menyebabkan maklumat yang dibaca akan tidak tersusun dengan baik.

Cuba kaitkan sub-topik atau pelajaran antara satu sama lain.

 Ingat! Tulis dan baca adalah satu proses yang perlu diulang-ulang. Anda boleh memperkemaskan nota ‘conteng’* anda selepas anda selesai menelaah sesuatu pelajaran. Sama ada dalam peta konsep, peta minda atau nota ringkas (Terpulang kepada anda). Ini membolehkan anda mengingat dengan lebih baik. Jangan takut untuk rujuk semula.

Anda juga perlu anda kemahian “abbre” iaitu kependekan perkataan. Contohnya: perkataan Yang boleh dipendekkan Yg atau anda boleh menggunakan simbol, warna, gambar dan sebagainya yang mana memberi pemahaman terhadap apa yang anda tuliskan.






Dipetik dari laman web motivasi.


28.12.09

Perjalanan Kerohanian


Perjalanan Kerohanian/Spiritual Journey

CP

Akrab Ukhuwah

Objektif

Menguji tahap ukhuwah antara para peserta.
Menguji tahap kerjasama antara ahli kumpulan.
Menjalinkan semangat kekitaan
Mebina sikap saling memerlukan antar satu sama lain.
Ulasan

Menguji sikap gaya dan daya kepimpinan para peserta.
Kita mesti mengenali diri kita dan sahabat kita dengan mendalam.
Hubungan persahabatan adalah salah satu elemen penting di dalam kehidupan.
Perkenalan yang akrab akan dapat merapatkan ukhuwah dan dapat melakukan kerja dalam berpasukan dengan lebih baik.

CP

I’tikad

Objektif

Tanggungjawab kepada agama
Mengagungkan keesaan Allah
Hamba yang taat kepada perintah Allah dan Rasul

Ulasan

Kita mesti memahami tanggunjawab kita sebagai umat Islam.
Kita adalah hamba kepada Allah yang wajib mernurut dan mematuhi perintahnya

CP

Tanahair

Negara dan Negeriku

Objektif

Menyemai rasa kecintaan kepada negara.
Mendaulatkan maruah negara
Menjadikan warganegara yang menyayangi ibunda tercinta.

Ulasan

Taat dan mematuhi arahan pemimpin adalah menjadi tanggunjawab kita.
Negara adalah tanah tumpah darah kita.
Kita mesti bertanggunjawab dan rela berkorban demi kesejahteraan negara.



CP

Kasihku

Permata Hatiku

Objektif


Menanam nilai kasih sayang terhadap Ibu dan Bapa
Menyemai sifat-sifat anak soleh dan solehah di dalam diri peserta
Menilai pengorbanan ibu bapa

Ulasan

Bertanggunjawab menjadi anak yang berjaya demi kebahagian keluarga
Kita perlu berkorban demi kejayaan diri keluarga dan masyarakat.
Kasih sayang ibu akan membawa kita ke syurga.

CP

Saudaraku
Kerja Amal

Objektif

Kerjasama dan tolong-menolong
Ikhlas dalam memberi bantuan
Kerja Amal akan mendatangkan kebaikan

Ulasan

Kerja-kerja amal itu adalah salah satu kerja yang murni dan menjadi bekalan kepada kita sepanjang hayat.
Kehidupan ini bukan hak kita seorang tetapi orang lain juga ada hak ke atas kita.
Saling Bantu membantu adalah salah satu amalan yang dituntut dalam islam.

CP

AKU DAN SEKOLAHKU

Objektif

Menanamkan sifat-sifat murni di dalam diri peserta.
Menyerapkan elemen kerohanian bagi menjadikan peserta pelajar dan insan yang cemerlang dan gemilang serta terbilang di dunia dan akhirat.
Menyerapkan rasa sayang, hormat dan megenali guru.
Rasa saynag kepada sekolah

Ulasan

Rakan-rakan adalah tempat kita jadikan rujukan bagi perkembangan kendiri kita.
Para sahabat juga menjadi tempat kita untuk mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.
Saling nasihat-menasihati adalah amalan yang baik.
Kita harus menyayangi sekolah yang telah berjasa kepada diri kita.
Kita mesti mengenali diri kita sebelum kita mengenal diri orang lain.


Pelajar cemerlang

( DR. FADZILAH KAMSAH )

PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). membrika tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat / lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan
d). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e). jangan melihat kemaluan
f). jangan melihat buih
g). jangan membaca nama pada batu nisan
h). banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j). banyakkan makan kekacang
k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l). jangan makan sehingga terlalu kenyang
m). jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a). tampal nota-nota penting di dinding
b). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c). gunakan kaedah akronim
d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar
a). mempunyai jadual belajar
b). patuh kepada jadual
c). buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a). taat kepada Allah
b). mendirikan sembahyang
c). menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d). hormati & sayangi gru
e). bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f). suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g). membantu rakan yang memerlukan
h). berdoa dan bersyukur kepada Allah
i). sentiasa bertawakal
j). mahir dalam setiap mata pelajaran

Pintar 09


Kembara Arah Hidup

Konsep Kembara ini adalah berlandaskan kepada realiti kehidupan remaja dimana mereka akan menempuh satu tahap bagi memilih jalan kehidupan yang mana dipengaruhi oleh orang luar.

Kembara ini mendidik remaja untuk bijak berfikir dalam membut keputusan dalam menentukan kehidupan mereka dan bijak memilih kawan sebagai penasihat ke jalan yang benar.

Kaedah Perlaksanaan

CP


Siapa dulu


Penyelaras Kembara akan memberikan tugasan kepada semua kumpulan.
Kumpulan yang dapat menyelesaikan dahulu akan bertolak awal dan seterusnya.

Tugasan mengikut kertiviti penyelaras.


CP


Akrab



Objektif


Mendidik peserta mengenali sesuatu melalui deria pendengaran dan suara
Menanam sifat kepekaan terhadap sesuatu yang bermakna

Mendidik untuk menerokai sesuatu yang kurang pasti bagi mencari satu kepastian.

Rumusan


Setiap manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan.
Setiap pancaindera yang Allah kurniakan ada kegunaan dan hikmat tersendiri.
Kita harus peka dengan keadaan sekeliling dan mesti sentiasa menerokai sesuatu bagi membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

CP

Arah


Objektif


Mendidik peserta akan bijak dalam membuat keputusan.
Menyemai rasa kesatuan untuk berjaya dan tidak mementingkan diri sendiri.

Menerapkan cara pemikiran positif dan keputusan yang bijak dalam menyelesai masalah.

Rumusan

Sebagai remaja atau insan kita perlu mempunyai ilmu yang kukuh di dalam memilih arah kehidupan kita.
Kita jangan terlalu mempercayai seseorang sebelum kita menyelidik terlebih dahulu latarbelakang mereka.
Kita mesti memilih kawan yang akan membawa kita ke jalan yang benar.

CP

Aku Terjebak!

Objektif

Mendidik peserta bahawa bahaya apabila kita terjebak ke lembah maksiat.Mendidik peserta agar tidak terpengaruh dengan gegala sosial yang negetif

Menyemai rasa bersalah di dalam diri mereka sekiranya mereka melakukan perkara-perkara yang negetif


Rumusan


Kita akan menanggung malu kepada Allah dan keluarga serta orang lain jika kita memilih titik noda di dalam kehidupan kita.

Yang indah tidak selalunya memberi keindahan di dalam hidup dan yang buruk itu kekadang adalah sesuatu yang bermakna dan membawa kita ke landasan yang betul.


CP


Bertuah Aku


Objektif


Menanam rasa syukur dan bertuahnya diri apabila berjaya membawa hala tuju kehidupan yang baik.Mendidik peserta bahawa perjalanan yang benar akan memberi impak yang terbaik di dalam kehidupan mereka.

Menyemai rasa ingin sentiasa berbuat kebaikan kerana dengannya kita akan dipandang baik.


Rumusan

Kita akan rasa bertuah jika kita dapat mencapai cita-cita yang murni.

Kita akan dipandang tinggi sekiranya kita berjaya dengan cemerlang di dalam kehidupan.

Allah sentiasa berada dekat dengan kita sekiranya kita rapat denganNya.


CP


Insaf


Muhasabah Diri

Objektif

Menguji dan melahirkan tahap kayakinan diri peserta.
Menjalinkan semangat dan kekuatan kerohanian dan jasmani.
Menanam sifat ikhlas dalam diri.

Menanam rasa insaf di dalam diri peserta.

Rumusan

Kita perlu muhasabah diri setiap masa bagi memperbaiki diri kita.
Muhasabah diri adalah penting bagi kita meningkatkan kualiti kehidupan kita.
Bertaubat kepadaNya jika kita telah melakukan dosa kepadaNya.






Anak-anak Staf UTHM