24.12.09

Pengenalan

Kembara motivasi merupakan salah satu slot yang diterapkan di dalam program Kem Motivasi Pelajar (Pintar), Kem Kepimpinan Mahasiswa/i dan yang terbaru Kem Kerohanian dan Pemantapan Ibadah sepanjang tahun 2009 ini.

Slot kembara ini bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental peserta kem dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Kembara motivasi ini dibentuk dengan pelbagai tema yang bersesuaian dengan tempat dan matlamat kem tersebut tetapi mempunyai objektif dan matlamat yang satu iaitu :

Melahirkan insan yang berjatidiri, berwawasan, berkeyakinan serta mempunyai sifat-sifat Mahabah di dalam diri mereka sebagai hamba Allah dimuka bumi yang fana ini.


Slot kembara ini tidak hanya mepaparkan peserta untuk mengembara sahaja tetapi disepanjang penjelajahan mereka peserta akan diselitkan dengan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang sesuai serta mempunyai matlamat tersendiri untuk dijadikan pendidikan melalui pengalaman sebagi bekalan kepada peserta.

Slot kembara ini juga bertemakan realiti kehidupan yang diolah bagi memberi kesedaran kepada diri peserta bahawa hidup ini adalah sesuatu yang mencabar dan memerlukan kecekalan dan ketabahan untuk melaluinya bagi mencapai sesuatu matlamat.

Hanya yang berani dan bijak dapat mengatasi segala rintangan bagi mencapai matlamat yang benar di dalam hidup demi masadepan diri, keluarga dan negara.

No comments:

Post a Comment