16.3.10

Seorang Pemimpin.....

Setiap orang pasti inginkan sesuatu yang baik di dalam diri mereka agar mereka dipandang sempurna di mata semua. Salah satu perkara yang mereka inginkan adalah kuasa, ketua atau pemimpin samada pemimpin di peringkat bawahan atau peringkat yang lebih tinggi iaitu seperti ketua masyarakat, pertubuhan atau kesatuan. Lumrah kehidupan manusia apabila mendapat tanggunjawab yang tersebut sebahagian daripada mereka akan merasa bangga, hebat dan terasa diri dipuncak kejayaan hidup. Jika mereka tidak dapat mengawal diri kekadang meraka akan terjerumus ke lembah yang dipandang hina sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin adalah sesuatu yang mudah diucapkan tetapi amat berat untuk dilaksanakan kerana ia adalah satu tanggunjawab yang amat besar dan berat untuk dipikul. Suka saya berkongsi sedikit pengalaman sebagai pemimpin di peringkat masyarakat yang kecil iaitu di dalam satu persatuan. Walaupun ia adalah satu amanah yang kecil sebagai ketua di dalam persatuan masyarakat saya telah terasa betapa sukarnya untuk memimpin dan dipimpin. Bahkan saya rasakan terlalu tersiksa jiwa ini memikirkan bagaimana untuk mengurus sesuatu organisasi agar ia menjadi satu organisasi yang berjaya.

Pengalaman inilah yang menyedarkan saya betapa persediaan yang rapi dan ilmu kepimpinan serta bakat perlu kita satukan di dalam diri kita bagi memudahkan kita untuk mentadbir sesuatu organisasi. Sebagai seorang ketua kita tidak saja mempimpin orang tetapi kita juga mesti bersedia untuk dipimpin oleh orang bawahan kita, kerana hanya dua mata kita melihat beberapa orang bawahan kita tetapi banyak mata yang melihat seorang pemimpin. Dari situ penilaian mereka lebih jitu berbanding dengan penilaian seorang pemimpin. Kepimpinan kita juga akan dipandang dari pelbagai sudut oleh ahli di bawah jagaan kita dan kita perlu bersedia tidak semua orang akan suka kepada gaya kepimpinan kita dan tidak semua orang akan membenci gaya kepimpinan kita dan segelintir akan menjadi pemerhati membenci tidak menyukai pun tidak pasti. Saat inilah baharu kita perasaan tentang diri kita sebagai pemimpin dan saat inilah akan hadir perasaan yang pelbagai di dalam diri kita. Rasa takut, takut kita akan kehilangan kepercayaan, gementar kerana takut kita akan dipandang serong, gelisah kerana adakah pendekatan kita diterima, suka kerana ada orang yang mendengar kata kita dan pelbagai lagi. Sebagai pemimpin yang bijak kita mesti berkeyakinan dan bijak memainkan peranan serta menyesuaikan diri dengan setiap situasi yang berlaku agar kita tidak akan rasa tertekan perasaan.

Jika kita tidak mampu menagani setiap perkara yang berlaku bermakna kita belum lagi boleh diiktiraf seorang pemimpin yang berkaliber. Seorang pemimpin yang hebat dia akan sentiasa disenangi dan disayangi oleh kawan dan dihormati oleh musuh. Kebanyakan pemimpin yang tidak bijak memainkan peranan dan tanggunjawab seorang pemimpin mereka ditakuti oleh kawan dan dipandang hina oleh musuh. Jika ini yang berlaku itu tandanya anda tidak layak menduduki tampuk seorang pemimpin.

No comments:

Post a Comment