23.3.10

Perjalanan Seorang Ketua

Pada tahun ini iaitu tahun 2010 bermakna sudah masuk tahun yang kedua saya dipertanggunjawabkan menjadi ketua kumpulan yang mempunyai seramai 11 orang ahlinya. Walaupun saya ini hanya seorang Pembantu yang senior tetapi saya rasa begitu teruja untuk memikul tanggunjawab tersebut, memandangkan darah saya yang sememangnya ada sedikit berketurunan seorang pemimpin kalau tak silap saya dari arwah atuk. Kalau mengikut pengalaman saya pernah juga semasa sekolah rendah diangkat menjadi ketua kelas mengantikan ketua yang sedia ada sehingga saya dimusuhi oleh beberapa kerat pengikutnya tetapi saya teruskan juga kerana itu kehendak cikgu kelas dan arahan pihak sekolah.

Ketika sekolah rendah saya tidak terasa sangat berat menjadi ketua kerana tugas saya pada ketika itu hanya sekadar menjaga hal ehwal murid di kelas "Tolong senyap dan jangan buat bising kalau tidak saya tulis nama dan beri pada cikgu" itu yang biasa saya ucapkan apabila cikgu tiada di dalam kelas dan mengucapkan "Bangun, selamat pagi cikgu, duduk" serta "terima kasih, cikgu". Pada waktu itu terasa amat bertuah dan amat berbangga sekali menjadi orang yang paling tinggi pangkatnya di kelas.

Habis sekolah rendah saya memasuki sekolah menengah dan di sekolah menengah saya tidak diberi tanggungjawab sebagai ketua tetapi pernah ditawarkan untuk menjadi pengawas. Saya telah menolak semasa ditemuduga oleh cikgu kerana saya tidak beberapa yakin dengan diri saya boleh menjalankan tanggunjawab tersebut. Akhirnya saya hanya memegang beberapa jawatan kecil di dalam beberapa persatuan disekolah. Oleh kerana saya tidak dilantik sebagai ketua maka bebanan tidaklah terasa sangat kerana apa juga perkara berbangkit dan apa juga situasi saya akan serahkan kepada ketua untuk menyelesaikannya dan saya anak buah hanya mendengar serta menurut arahan yang diberi.

Apabila saya habis sekolah saya pernah memegang jawatan ketua di kampung secara tidak rasmi di dalam satu kelab yang berkaitan dengan sukan. Disaat ini memang saya rasakan begitu hebat sekali kerana menjaga dan mentadbir sebuah pasukan yang tidak pernah diberi apa-apa kepercayaan oleh mana-mana pihak. Inilah saat yang betul-betul mencabar dan menguji saya sebagai seorang ketua. Ahli kumpulan saya kebanyakaan terdiri dari mereka yang masih bersekolah dan berkerja serta beberapa orang luar yang saya kurang kenali.

Peringkat awal penubuhan kumpulan ini, tidak terdapat banyak masalah kerana kami berpegang kepada satu perinsip untuk mara ke depan melalui proses pembelajraan dan pengalaman apa yang kita lalui bersama. Begitu juga dengan ahli kumpulan yang di bawah jagaan masih dapat memahami dan menerima arahan yang diberikan. Kita bergerak dalam satu pasukan yang hampir mantap sehingga rela berkorban wang ringgit, masa dan tenaga bersama-sama. Bila jatuh sama-sama berdiri berpaut antara satu sama lain, bila sakit sama-sama kita mencari ubatnya dan berlari sama-sama kita mengiringi ahli-ahli yang lain.

Lumrah kehidupan jika ada kejayaan pasti ada kegagalan cuma kita tidak tahu bila dan yang mana satu yang akan berlaku dahulu. Kejayaan telah nampak perpaduan semangkin utuh tetapi seperti kata pepatah panas tidak sampai ke petang, apabila kita sudah mula menampakkan kejayaan mulalah tangan-tangan hitam datang mencuba untuk menganggu kestabilan kumpulan. Ketika itu saya yang masih kurang berpengalaman dan tidak menyangka bahawa satu terjedi akan menimpa menerima dengan hati terbuka beberapa penasihat yang rupanya ingin mengambil kesempatan hasil daripada titik peluh dan usaha kami tanpa saya sedari.

Bermulalah episod baru di dalam pentadbiran saya apabila terdapat pelbagai arahan dan kemahuan daripada mereka yang tidak memahami matlamat perjalanan kumpulan tersebut. Maka timbulah pelbagai konflik dari yang kecil sehingga yang besar, tuduh menuduh, persangka buruk antara ahli dan pemimpin dan pelbagai lagi masalah timbul. Kalau dahulu perjalanannya lurus kini perjalanan mula bersimpang siur sehingga mengelirukan ahli kumpulan termasuklah saya sekali yang dilantik sebagai ketua secara tidak rasmi. Satu persatu masalah timbul, bahkan campurtangan orang luar yang seolah-olah dialah pemimpin yang terhebat menjadikan kumpulan kami kacau bilau dan saya sebagai ketua tidak rasmi seperti tiada mempunyi kuasa lagi kerana bagi mereka saya hanyalah budak mentah yang tidak layak untuk memberi arahan atau pandangan kepada mereka. Maka berlakulah pengeselan pendapat, hasut menghasut serta berpuak-puak mula timbul di dalam kumpulan sehingga ke satu peringkat saya dipulaukan oleh ahli kumpulan sendiri yang sehingga ke hari ini saya tidak dapat jawapan kenapa saya diperlakukan sebegitu.

Apabila keadaan tidak dapat saya kawal lagi saya pun mengambil keputusan meninggalkan tanggunjawab saya sebagai ketua yang tidak rasmi. Pengalaman ini adalah sesuatu pengajaran yang saya ingat dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila kerana ia adalah pengalaman saya yang pertama sebagai ketua.

No comments:

Post a Comment