13.3.10

Lagu Tema Kem Jati Diri Pengawas SMK LKTP Kahang Timur

Lagu tema kem kali ini adalah lagu yang terbaik pernah didendangkan semasa kem Motivasi yang saya sertai, bukan sahaja daripada pandangan saya tetapi secara keseluruhan komen daripada yang terlibat pada hari tersebut. Rata-rata guru dan peserta serta para jemputan berpusu-pusu mencari maklumat tentang lagu yang dimainkan ini, syabas saya ucapkan kepada Kem Komandan kita En. Azrai yang telah berusaha bersungguh-sungguh mempermosikan lagu tersebut menjadi lagu Tema Kem kali ini.

Bagi pandangan penulis lagu tersebut amat besar maknanya dan ia mudah difahami serta amat menarik perhatian pendengar dan ia dapat memberi rangsangan semangat yang tinggi kepada sesiapa yang ikhlas menghayatinya. Saya sendiri bersemangat menyanyi lagu itersebut bersama -sama dengan para peserta. Terbayang kehebatan pejuang-pejuang Islam di zaman silam dan terbayang keikhlasan serta keimanan dan ketakwaan mereka dalam mempertabatkan Islam di dunia ini.




Kalau ada sesiapa yang berkesempatan hayati lagu ni dan resapinya kedalam jiwa dengan keikhlasan semoga ia akan dapat memberi satu rangsangan yang baru di dalam diri kita tentang erti kejayaan yang sebenar.

No comments:

Post a Comment