12.3.10

Kem Jati Diri Pengawas SMK LKTP Kahang Timur

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh....

Selamat bertemu lagi di ruangan ini pada hari yang penuh ceria ini semoga diri kita dirahmati olehNya. Pertama kali marilah kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi yang telah memberi rahmat pada sekelian alam dan selawat serta salam buat nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang pengalaman saya sewaktu bersama-sama terlibat dengan program Kem Jati Diri Pengawas SMK LKTP Kahang Timur selama 3 hari di D'Rimba Resort Mersing Johor pada 4-6 Mac 2010 yang lalu. Program kali ini adalah khusus untuk kem kepimpinan Pengawas yang menekankan ciri-ciri dan tanggunjawab seorang pemimpin bagi membantu pihak sekolah dalam menjaga hal ehwal murid di sekolah. Bagi ini ini adalah satu program yang mencabar kerana kita memerlukan bakat dan kemahiran dalam kempimpinan bagi perkongsian ilmu kepimpinan kepada orang lain.

Program yang dijalankan selama 2 hari ini telah memberi banyak pengajaran terutama kepada diri saya sendiri betapa kerdilnya kita di mukabumi ini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini dijalankan dan seperti biasa saya akan diberi slot barang amanah, slot khas iaitu Kembara dan serta slot satu slot tunjuk iaitu slot Siapa Juara.

Barang amanah adalah sesuatu yang terpenting perlu dijaga oleh setiap manusia, di dalam slot ini hanya kira-kira 23 orang (38%) daripada 60 orang berjaya menjaga barang amanah dengan berkesadan cermat dan kira-kira 37 orang (62%) lagi gagal di dalam misi ini. Jika perkara ini tidak kita mengambil perhatian, kita bimbang mereka akan terus leka di alam kenyataan hidup bahawa betapa berat amanah yang perlu dipikul oleh mereka sebagai seorang insan di muka bumi ini. Sungguhpun begitu saya merasa cukup bangga kepada mereka semua kerana mereka mudah memahami setiap intipati yang kita selitkan di dalam program ini dan semoga mereka akan terus dapat menyemai setiap pengajaran yang mereka perolehi untuk diterjemahkan di dalam kehidupan seharian khasnya sebagai seorang pengawas dan pelajar amnya.

Kembara kali ini saya bertemakan persaingan dan pertempuran demi mencapai matlamat, secara dasarnya kembara kali ini telah mencapai objektifnya walaupun terdapat beberapa perkara yang terlepas pandang. Kembara ini juga menguji kekuatan mental dan fizikal dan yang amat penting menguji kerohanian mereka. Mereka terpaksa bersaing dan bertempur di waktu gelap dan hanya bercahayakan sebatang lilin serta merempuhi hutan. Secara keseluruhan mereka mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi untuk berjaya serta mempunyai sikap berkerja di dalam satu pasukan. Terdapat juga perkara kecil umpamanya mereka mudah dipengaruhi oleh anasir luar yang berniat tidak baik dan suka melihat kepada perpecahan serta pergaduhan. Selain daripada itu mereka juga sanggup mengorbankan orang lain dan merampas hak orang demi mencapai kemenangan. Ini adalah pengajarn yang mereka dapat tanpa mereka sedari semoga mereka akan menjadikan ia satu panduan di dalam kehidupan.

Sungguhpun demikian mereka ini mempunyai kekuatan diri yang hebat kerana mereka mempunyai daya usaha yang jitu dalam mengejar dan mencapai sesuatu matlamat. Mereka berani menghadapi sesutu dan bersedia untuk mengatasi setiap masalah dengan berkesan. Apa yang penting mereka dapat menyelami objektif dan matlamat program kembara pada malam itu seperti yang mereka ulaskan bersama. Pengajaran yang terbaik apabila kita ingin mendakwa orang yang melakukan kesalahan adalah bukan kita melihat orang tersebut tetapi kita hendaklah melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut. Jika berkeyakinan untuk bertindak maka sudah pasti kita akan dapat menjalankan tanggunjawab dengan efektif.

Slot tunjuk adalah slot tambahan yang saya dipertanggunjawabkan oleh Ketua Fasilitator En. Zainudin bagi mengantikan tempat beliau disaat akhir. Pada mulanya saya rasa tergaman dan terkedu kerana saya tidak berapa bersedia, kali pertama membawa slot Siapa Juara tetapi bersyukur kerana dipertengahnya Allah kurniakan ilham dan idea spotan yang saya gunakan sepanjang mengendalikan slot tersebut tanpa lari dari objektif dan matlamatnya. Syair "Selipar Jepun" betul-betul mengamatkan dewan serbaguna kem tersebut dan sehingga ke hari ini saya masih terasa kehangatnya. Secara tidak langsung di slot ini kita dapat menilai keyakinan sesorang di dalam berkomunikasi berkesan. Satu perkara yang amat penting betapa SMK LKTP Kahang Timur mempunyai ramai pelajar yang berbakat dan berpontensi menjadi pemimpin yang berjaya.

Akhir kalam dari saya, bertuah rasanya saya dapat bersama-sama di dalam program ini kerana ia banyak mendidik diri saya sendiri dan ini adalah kumpulan ini adalah kumpulan yang terbaik pernah saya kendalikan program seperti ini. Saya berharap apa yang dipaparkan oleh mereka akan mencerminkan diri mereka yang sebenar. Semoga mereka akan dapat menyinarkan lagi bakat yang ada demi kemajuan sekolah, komuniti dan negara.





No comments:

Post a Comment