28.12.09

Kembara Arah Hidup

Konsep Kembara ini adalah berlandaskan kepada realiti kehidupan remaja dimana mereka akan menempuh satu tahap bagi memilih jalan kehidupan yang mana dipengaruhi oleh orang luar.

Kembara ini mendidik remaja untuk bijak berfikir dalam membut keputusan dalam menentukan kehidupan mereka dan bijak memilih kawan sebagai penasihat ke jalan yang benar.

Kaedah Perlaksanaan

CP


Siapa dulu


Penyelaras Kembara akan memberikan tugasan kepada semua kumpulan.
Kumpulan yang dapat menyelesaikan dahulu akan bertolak awal dan seterusnya.

Tugasan mengikut kertiviti penyelaras.


CP


Akrab



Objektif


Mendidik peserta mengenali sesuatu melalui deria pendengaran dan suara
Menanam sifat kepekaan terhadap sesuatu yang bermakna

Mendidik untuk menerokai sesuatu yang kurang pasti bagi mencari satu kepastian.

Rumusan


Setiap manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan.
Setiap pancaindera yang Allah kurniakan ada kegunaan dan hikmat tersendiri.
Kita harus peka dengan keadaan sekeliling dan mesti sentiasa menerokai sesuatu bagi membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

CP

Arah


Objektif


Mendidik peserta akan bijak dalam membuat keputusan.
Menyemai rasa kesatuan untuk berjaya dan tidak mementingkan diri sendiri.

Menerapkan cara pemikiran positif dan keputusan yang bijak dalam menyelesai masalah.

Rumusan

Sebagai remaja atau insan kita perlu mempunyai ilmu yang kukuh di dalam memilih arah kehidupan kita.
Kita jangan terlalu mempercayai seseorang sebelum kita menyelidik terlebih dahulu latarbelakang mereka.
Kita mesti memilih kawan yang akan membawa kita ke jalan yang benar.

CP

Aku Terjebak!

Objektif

Mendidik peserta bahawa bahaya apabila kita terjebak ke lembah maksiat.Mendidik peserta agar tidak terpengaruh dengan gegala sosial yang negetif

Menyemai rasa bersalah di dalam diri mereka sekiranya mereka melakukan perkara-perkara yang negetif


Rumusan


Kita akan menanggung malu kepada Allah dan keluarga serta orang lain jika kita memilih titik noda di dalam kehidupan kita.

Yang indah tidak selalunya memberi keindahan di dalam hidup dan yang buruk itu kekadang adalah sesuatu yang bermakna dan membawa kita ke landasan yang betul.


CP


Bertuah Aku


Objektif


Menanam rasa syukur dan bertuahnya diri apabila berjaya membawa hala tuju kehidupan yang baik.Mendidik peserta bahawa perjalanan yang benar akan memberi impak yang terbaik di dalam kehidupan mereka.

Menyemai rasa ingin sentiasa berbuat kebaikan kerana dengannya kita akan dipandang baik.


Rumusan

Kita akan rasa bertuah jika kita dapat mencapai cita-cita yang murni.

Kita akan dipandang tinggi sekiranya kita berjaya dengan cemerlang di dalam kehidupan.

Allah sentiasa berada dekat dengan kita sekiranya kita rapat denganNya.


CP


Insaf


Muhasabah Diri

Objektif

Menguji dan melahirkan tahap kayakinan diri peserta.
Menjalinkan semangat dan kekuatan kerohanian dan jasmani.
Menanam sifat ikhlas dalam diri.

Menanam rasa insaf di dalam diri peserta.

Rumusan

Kita perlu muhasabah diri setiap masa bagi memperbaiki diri kita.
Muhasabah diri adalah penting bagi kita meningkatkan kualiti kehidupan kita.
Bertaubat kepadaNya jika kita telah melakukan dosa kepadaNya.






No comments:

Post a Comment