“BATTLE OF THE SPIRITUAL”
LATARBELAKANG :
Modul ini mempunyai 2 falsafah kembara iaitu :
Falsafah pertama bertemakan persaingan dan peperangan bagi mencapai matlamat dan kejayaan
Falsafah kedua adalah penerapan unsur kebajikan atau kerohanian dalam kehidupan bagi menjadi pelajar yang cemerlang.
Modul ini juga mempunyai dua situasi pengembaraan yang berbeza iaitu :
Pengembaraan yang diterapkan unsur-unsur peperangan dan bersaing antara satu sama lain bagi mencapai kemenangan.
Pengembaraan yang diterapkan unsur-unsur kerohanian yang membina insan cemerlang di dunia dan akhirat sebagai pemangkin pembangunan negara.
Kaedah Perlaksanaan
CP START
Peserta akan berlepas secara berkumpulan
Peringatan tentang keselamatan dan keperluan yang perlu dilakukan dan dibawa semasa kembara.
Perkara-perkara yang penting :
Barang Amanah
Bendera
Ahli Kumpulan
WHO FIRST?
Tugasan akan diberikan bagi menentukan kumpulan yang pertama bergerak.
CP BULLET SHOP
WE WANT MORE!
Objektif
Melatih peserta untuk membuat persediaan dan menghormati orang lain.
Melatih kemahiran dalam kepimpinan dan menentukan keperluan.
Mendidik peserta supaya bijak berbelanja.
Ulasan
Persedian mental dan fizikal serta keperluan tertentu perlu cukup bagi kita mengembara bagi mencapai matlamt yang kita tuju.
Sebagai pemimpin kita mesti bijak dalam menguruskan kewangan.
CP BRIDGE
WE CAN DO IT!
Objektif
Membina keyakinan diri di dalam diri peserta.
Menguatkan semangat berusaha tanpa rasa putus asa.
Melahirkan insan yang berani menghadapi cabaran.
Ulasan
Keyakinan adalah amat penting bagi mendorong diri kita dalam melakukan sesuatu.
Kita harus sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan.
Kita juga harus berwaspada dalam pergaulan dan mempercayai orang lain.
CP AMBUSH
BE CAREFUL!
Objektif
Menanamkan sikap berhati-hati di dalam kehidupan.
Mendidik diri peserta agar sentaisa berwaspada dan bersedia menghadapi sembarang kemungkinan.
Ulasan
Perjalanan hidup kita penuh dengan dugaan dan musuh sentiasa memerhatikan kita bagi memusnahkan hidup kita.
Musuh sentiasa akan cuba menghancurkan hidup dan mengagalkan matlamat kita.
CP INSAF
KEMATIAN SATU TIDUR PANJANG
Objektif
Menanamkan ke dalam diri peserta rasa insaf dan bertaubat kepada Allah
Memperingatkan diri tentang kematian yang akan datang pada bila-bila masa.
Ulasan
Hidup ini adalah perjuangan bagi pelajar mereka harus sedar tentang halangan dan anasir-anasir luar yang sering menganggu kita bagi memusnahkan masa depan kita.
Kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku maka kita mesti bersedia dalam menempuh saatnya.
Peperangan hanya akan menghancurkan segalanya umpama "Menang Dapat Arang Kalah Jadi Abu"
CP AMAL
KERJA AMAL
Objektif
Penerapan kerja-kerja amal bagi menjadikan pelajar yang sentiasa suka membantu orang lain.
Menerapkan rasa hormat dan sopan santun terhadap orang lain.
Ulasan
Kerja-kerja amal itu adalah salah satu kerja yang murni dan menjadi bekalan kepada kita sepanjang hayat.
Kehidupan ini bukan hak kita seorang tetapi orang lain juga ada hak ke atas kita.
Saling Bantu membantu adalah salah satu amalan yang dituntut dalam islam.
Penamat
No comments:
Post a Comment