5.2.10

Lagu Kem Motivasi

Lagu tema adalah menjadi lagu pencetus semangat dan minat kepada para peserta di dalam Kem Motivasi. Lagu tersebut mengandung senikata yang berunsur motivasi dan kata-kata yang positif. Lagu ini akan dinanyikan oleh para peserta sebelum sesuatu aktiviti utama berlangsung. Para peserta dikhendaki menghafal lagu tersebut secara tidak langsung ia mendidik para peserta untuk menyusun strategi dan kaedah menghafal dengan pantas dan ia boleh diguna pakai bagi para peserta unutk teknik-teknik menghafal apa yang dipelajari di dalam menuntut ilmu.




Ulasan ringkas lagu tema :

Lagu ini mengambarkan seorang pelajar yang ingin berjuang di dalam menuntut ilmu dan terpaksa berpisah semantara meninggalkan keluarga terutama ayah dan ibu mereka. Bagai mencapai maksud dan kejayaan di dalam perjuangan mereka mereka memerlukan restu dan doa dari ibubapa mereka kerana restu dan doa ibubapa akan menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka.

Setiap pejuang pasti akan menerima ketentuaan dariNya sama ada hidup ataupun mati dan jika ia ditentukan tidak akan bertemu lagi dengan ibu bapa mereka bermakna ia telah kembali kepadaNya sebagai seorang terkorban kerana menuntut ilmu yang baik dan kematianya itu mulia di sisi Allah.

Kecekalan dan semangat mereka berjuang adalah amat tinggi kerana mereka tidak akan menyerah kalah walaupun mereka menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Mereka juga lebih rela meneruskan perjuangan mereka sehingga diri mereka yang terkorban demi mencapai cita-cita yang murni di sisi agama. Mereka juga tidak akan mudah mengaku kalah sebelum berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.

2 comments:

  1. bagi bunyi le sikit ...baru mereka ada semangat ..hehehe ...aku tak sabar2 rasanya nak memulakan tirai program nih ..kelihatannya seperti dah sejuk jek ... setakat ni yg dimaklumkan hanya program Mac ... wallahu alam ...

    ReplyDelete
  2. salam sahabat...maklumat hasil perbincangan kita melalui sel itu sangat2 mengujakan ku .. kelihatanya seperti geng yang tersebut sudah mula 'ditalkinkan' dan sebentar lagi akan terus 'hilang' tanpa nisan....kasihan sekali ..adakah sahabat2 rela untuk mensedekahkan sekalung al fatehah buat team ini? wallahualam

    ReplyDelete