31.1.10

Kisah Sipohon


Kita berjumpa lagi di arena ini sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog KEMVASI : Halaman Kembara Motivasi ini kerana saya telah kekeringan bahan bak musim kemarau yang menyebabkan semua pohon menjadi layu hingga tidak dapat dikongsikan bersama. Kemungkinan tahun baru pohon yang ditanam dan dalam proses berbunga untuk berputik untuk menghasilkan buah yang lebih baik daripada hasil yang dituai musim lepas.

Kalau pohon yang telah ditanam belum berbunga tidak dijaga, takut nanti pokok itu akan terbantut menjadi pohon yang rendang dan tidak berbuah. Sayang rasanya jika pohon yang menghasilkan buah yang banyak dan bermutu mengikut kata-kata yang pernah menikmati hasil dari pokok ini dibiarkan sahaja tanpa pengawasan yang terbaik dan berkualiti. Biarlah pohon itu terus dijaga dan dibaja dengan keikhlasan hati yang mulia dari tangan-tangan yang terbukti mempunyai hati yang bersih dan suci.

Kita perlu bertindak segera jika pohon yang kita tanam menghadapi masalah agar pohon tadi tidak terus melayu dan akhirnya akan tumbang ke bumi bersama-sama dengan hasilnya nanti. Memang susah menjaga pohon yang berkualiti kerana ia akan menghadapi pelbagai rintangan dan kepayahan tetapi itulah dugaan dari yang Maha Esa bagi menguji diri kita si penjaganya adakah kita lebih mementingkan semangat keikhlasan hati yang murni atau semangat keegoan diri. Jika kita lebih mementingkan keegoan diri sebenarnya kita telah gagal menjadi penanggunjawab yang sempurna bagi pohon tersebut bak kata seorang sahabat saya :

"kalau kita berjuang kerana Allah dan hari akhirat kita akan berjuang tanpa mengira apa jua halangan dan dugaan akan kita tempuhi dengan keikhlasan kerana kita yakin bahawa keredaan Allah adalah lebih penting dari keredahan manusia"

dan :

"Kalau kita berjuang kerana keduniaan maka kita akan tewas sebelum kita berjuang kerana kita gagal mengatasi bisikan syaitan yang memang mengharapkan kita untuk menjadi sepertinya agar khayal di dunia yang fana ini"

Kita telah ditakdirkan dan dipilih oleh Allah untuk menjaga pohon tersebut kerana yang Maha Esa lebih mengetahui tentang keupayaan dan kekuatan kita bukanya diri kita sendiri yang menentukannya segalanya telah ditentukan olehNya. Kitalah penanggungjawab yang sebenarnya dan kitalah yang akan terus dipertanggungjawabkan untuk meneruskan pengorbanan bagi menghalang penyakit-penyakit dari terus merebak dan seterusnya membunuh pohon tersebut.

Jesteru itu marilah rakan-rakan sekelian kita berganding bahu untuk bersama-sama tanpa mengira siapa kita untuk terus menabur bakti menjaga dan membaja pohon yang telah ditanam dengan penuh semangat dan berintizam untuk berkerja bersama-sama sehingga pohon tersebut akan terus menghasilkan buah yang sentiasa bermutu serta memberi manafaat kepada sesiapa sahaja yang memakannya kerana itu lebih baik daripada kita memikirkan perkara-perkara yang akan menyebabkan pohon itu rebah kebumi.

"Pohon yang kuat mempunyai dahan yang kukuh, dahan yang kukuh kerana makanan yang berkhasiat, makanan yang berhasiat kerana menpunyai saluran yang baik, saluran yang baik kerana akarnya yang teguh, akar yang teguh kerana mempunyai tanahnya berkualiti, tanah berkualiti kerana tuannya mempunyai hati budi perkerti yang terpuji."

No comments:

Post a Comment